Jumaat, 8 Ogos 2008

Beringat Sebelum Terlambat


SIAPAKAH AKU..? MAMPUKAH AKU..? MUHASABAH DIRI ANDA

Kalau kita seorang Bussines Man, Managing Director atau apa
saja jawatan tinggi dipanggil " Key Man" patut ada Takaful...dengan
Takaful bukan sahaja Ratusan malah Jutaan ribu
utk "Key Man"/ pekerja sebagai pampasan dan menghargai jasa mereka..
prestasi syarikat akan meningkat..malah..menjimatkan
wang Syarikat utk membayar pampasan...

Kita bukan jutawan....Kalau kita jutawan, Kita tak perlu takut sbb semua mampu, Sebab kita boleh buat rawatan kimoterapikanser di Los Angeles, US Ratus - ratus ribu, high class facilities, mampu in and out,Buat rawatan sambil bercuti, apa nak bagi.....

Kita bukan Aktress yg terkenal... pun tak lepas dari kanser,Ye la kanser tak pilih bulu, Pun tak cukup duit rawat kanser, Tapi takpa, masuk paper Berita Harian, Metro,Utusan dan macam2 mintak derma,Masuk TV3 mintak ringankan beban...

Mcm2 persatuan bagi derma, Zakat Selangor bagi RM 30 000,orang lain boleh dapat ke mcm ni ? RM 90 000 bukan senang nak cari, Berlakon satu filem di bayar RM 60 000, setahun 3 filem dah RM 180 000,banyak gaji ni, Tak masuk drama dan iklan, Mcm ni punya kaya pun kena mintak derma lagi.....

Gaji you + husband ada RM180,000 setahun ?RM100,000? RM 30,000 ?

Alahai sedihnya.... Kanser tak pilih bulu, Hari ni sihat,bulan depan tengok2 kanser dah stage 3,14 hari ketumbuhan 5cm dah jadi 10 cm,1 dari 19 wanita menghidap kanser setiap tahun ???? Bila giliran kita agaknya ??

Hospital kerajaan yang macam pasar basah... boleh setel cepat ke? Bukan nak hentam Hospital Kerajaan, Facilities dan kepakaran Hospital Kerajaan dan Swasta setanding.... Tapi Doktor Kerajaan sendiri cakap, Kes elektif mcm kanser atau jantung, atau kritikal, eloklah jangan ditangguh rawatan,mcm mana nak cepat? sbb kita tak mampu....nak rawatan cepat kena pergi hospital swasta,hospital swasta paham2 lah,bisnes tetap bisnes,

RM 20 000, buat kimo saja, satu cycle je, tak masuk rawatan yang lain,Bila dah kena, ada yang bergadai rumah,ada yang bergadai tanah,

Kos rawatan + kos sara hidup (dah sakit tak bleh p kerja dah...)Boleh cecah RM 100 000.. ada yang lebih..Kalau duit rawatan + duit sara hidup +kos rawatan susulan RM 150 000, mcm mana ?

Simpan sendiri RM 200 sebulan...10 tahun belum cukup RM 100 000..Kalu simpan RM 200 di Takaful, esok dah ada dana kecemasan RM 150 000,Kalau tak dak jadi apa2 dapat balik Modal + Investment...Ni pun tak boleh paham ka ?

Setengah orang kedekut..kalau tak kedekut,mungkin tak paham, beli kereta bayar RM 500 boleh, RM 1500 pun takper, asal bergaya, beli emas ribu - ribu sanggup, tapi nak bayar 5% dari gaji bulan utk kecemasan rasa mahal,sedangkan benda ni wajib + penting,dana kecemasan la katakan,

kalau ada RM 150 000 dalam bank hari ni takpa,tapi kalu ada kecemasan,RM 150 000 kena guna,habis lah duit you,kena kumpul balik….kan ke baik kalau orang lain bagi RM150,000 utk kecemasan,Mahal? RM200 mahal?RM 150 mahal gak ? RM 90 mahal lagi ????

Orang Cina bila dapat 1st gaji diorang tak plan nak beli kereta Honda,Orang Melayu bila dapat 1st gaji terus plan nak beli kurang2 Waja,

Orang Cina bila dapat 1st gaji,diorang pikir Investment, pikir Insurance,

Orang Melayu bila dapat 1st gaji diorang pikir nak pakai kereta apa?,sport rim 17 inci wajib,

Perancang kewangan kata, utk kereta tak lebih 12% dari gaji bulan,Gaji RM 2500 sebulan, patut beli kereta yg bayar bulan RM 300/sebulan,Wira second ok la..kenari second ke..utk permulaan.....

Tapi… ramai tak ikut..gaji RM 2500, beli kereta Honda City RM600/sebulan.....
24% dah tuh.. Perancang kewangan kata, 60% gaji utk hutang + perbelanjaan,40 % utk investment + dana persaraan + insurance, Orang melayu 99% gaji utk hutang +belanja sara hidup... 1 % utk simpanan...Berapa kerat je orang melayu ada RM 50 000 cash dalam bank lepas 5 tahun bekerja..

Bila orang suruh beli Takaful / insurance.....mahal...tak cukup bulan2 nak bayar......pakat2 la betulkan kedudukan kewangan korang semua....

Orang Kerajaan berlagak, Penyakit dan rawatan semua di tanggung, Betul tu….Habis hari2 orang kerajaan masuk paper mintak derma mcm maner?

Kita bukan orang berada, Bukan juga adik Menteri,Menteri dan PM sendiri pun cari hospital swasta utk rawatan,kat US lagi tuh,

Pegawai jabatan jer? clerk jer?Pegawai sains jer?Ketua Jabatan? Pensyarah?Ok la skit dengar bunyi nya,OK sebulan lagi datang balik buat Test tu Test ni,OK tunggu result 2 minggu,OK kena tunggu giliran buat pembedahan,mungkin 3 bulan lagi,Senarai list 10 muka surat,tahun depan pun ada nak dapat giliran,mintak maaf cakap, inilah realiti......

Orang kerja Swasta lagi lah tak sedar diri, Konon - konon Multi Nasional Company...Majikan Cover la katakan...Berapa ribu beb ? Sampai bila beb ? Berapa limit beb ? 8 bulan kena kanser tak pi kerja, Majikan nak cover lagi ker beb ????pencen umur 55 thn habis takdak coverage dah...

86% warga tua melayu sekarang tiada coverage insurance..golongan ni berada di tahun akhir 1970an dan 1980an...

tengah kuat kerja mcm kita,tapi masa tu insurans tak famous di kalangan orang melayu, haram...sekarang ada satu pilihan jer lah...hospital kerajaan...kalau nak ke hospital swasta...kena cari dana sendiri...EPF?Untuk persaraan pun tak cukup inikan pula nak tanggung Medical...

Sekarang banyak company besar2 beroperasi di Malaysia,Tapi sampai bila ?Itu pun kalau majikan masih sudi beroperasi di Malaysia,

Bisnes is bisnes,bukan badan kebajikan atau welfare...kalau kos operasi dah mahal...pegi tempat lain la jwbnya..nak beli Takaful masa umur 55? Besar belanja nya beb..itu pun kalau layak...

Majikan paling besar dalam Malaysia..adalah Kerajaan Malaysia,Insyallah dah berpuluh tahun beroperasi..tak bungkus...walaupun kalah byk di PRU12 baru2 ni,..takper.. Majoriti mudah dalam tangan...

Alahhhh...kalu PAS ker PKR kerperintah Malaysia pun,kerajaan tetap jalan mcm biasa...

Kerja Kilang besar mana pun,risiko nak bungkus tetap ada,US dah meleset,Kilang US kat Msia ni byk dalam bahaya...Kat Malaysia pun operator kilang Melayu dah skit…berlambak Bangla, Vietnam , Nepal... murah...Sikit hari lagi, depa pakat – pakat pindah Operasi pi Bangla...Hampa ternganga....Tu pun masih tak sedar diri lagi..

IKM-HUKM Hospital yg terbaik dari segi facilities bagi rawatan kanser,Hospital Kerajaan nih…Hospital Swasta n Kerajaan kadang2 akan refer sini,Sini ada golongan yg tak perlu bayar,atau bayar seminimum yg mungkin,Ada yang kena bayar 100%..bagi yang ada coverage insurance,atau TOKEY KILANG,Boleh buat loan nak buat rawatan disini...buat loan ?Cukup la loan rumah, loan kereta dah beban dah.....

Kebarangkalian nak jatuh dalam GROUP tak payah bayar sangat lah rendah..Second group kena bayar skit.skit berapa skit...RM 20 ribu ? RM 30 ribu ?Tengok kes ler...So, are we hoping for the luck to fall in the Not Need Pay Group ??Husband kerja, wife kerja...boleh bayar bulan - bulan aper ....

Ibarat guna Kad kredit ler,Kad kredit Visa Jammed,Gunerlah pulak Kad Mastercard,(Mana2 yg pakai kad kredit,stop dan tukar pada Kad Debit plak...)Bila jalan jauh, spare tyre kena ada,Jahanam satu tayar,ada lagi satu tyre spare..

Sama juga kes you,Mana boleh dapat rawatan kerajaan,pergi la takda masalah,Tapi bila lambat dan waiting list panjang,pegi la hospital swasta nak cepat...(dengan coverage insuran la yer...)

Kanser bila dah kena, keluarga merana,isteri kena kanser suami merana,suami kena kanser isteri merana,kehilangan keluarga tersayang taktau nak cakap ler sedihnyer,Kesian anak2...

Gaji Laki bini RM 2500 + RM 2500..Wow.. RM 5000, satu tumbang...tinggal RM 2500 jer..dah la tak cukup...nak tanggung kos rawatan kanser lagi..kalau takdak insurans.....masuk paper ler mintak derma..tanggung sakit memang perit,takda duit nak buat rawatan lagi tambah pedih,

Ajal dan maut di tangan tuhan akhirnya Kalau dah sampai ajal, pergi jua...Sekurang2nya kita mencuba,dapatkan rawatan terbaik,

Jangan nanti terkilan salah kan diri sendiri,Sbb lambat dapat rawatan...Why lambat ? tak der duit..

Suami-suami yang menyayangi isteri...Isteri - isteri yang menyayangi suami..Lepas baca nukilan nih,bincang - bincanglah sesama sendiri,Suami belikan Takaful untuk isteri...Takkan isteri nak beli untuk suami..Apa2 pun bolehlah...

Nasihat saya...Takaful atau Insurans ..hanya boleh dibeli dengan KESIHATAN,Hanya orang yang SIHAT je ..boleh beli insurans atau Takaful…You mampu bayar RM 500 sebulan pun,Bila dah SAKIT, orang tak pandang dah,

Nukilan ni bukan nak perli saper2,Just nak bukak minda jer,Mintak maaf kalau ada yang terasa,Sementara sihat, eloklah beringat..

Bila dah sakit...Wallahulalam....tak kira...Kita jutawan / org berada sekali pun...
atau sesiapa sahaja..inginkan kesembuhan segera...baru terasa betapa nikmat semasa dianugerah kesihatan ...malah sanggup membelanjakan
apa sahaja untuk kesembuhan segera...

Tiada ulasan: