Khamis, 7 Ogos 2008

Takaful Saver

Hari ini menabung sikit, esok pula hasilnya membukit
Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, anda juga boleh merancang untuk perkara yang ingini. Seperti mimiliki kediaman impian, membiyai anak-anak melanjutkan pelajaran atau bersara lebih awal.

Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan anda mengecapi semua ini. Dengannya, anda boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink anda.

Takaful Saver membolehkan anda menikmati lebih lagi dari pelan Takafulink anda kerana ia menawarkan pelan yang lebih fleksible untuk menepati keperluan anda yang sering berubah.

Bagaimana Takaful Saver dikendalikan ?
Setelah menyertai Takaful Saver, para peserta Takafulink boleh membuat caruman tetap ke Akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang dipilih.

  • Caruman tetap minimum: RM10 sebulan

  • Caruman tetap maksimum: (Caruman tahunan Takafulink) X 5
Penambahan Caruman
Peserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam IUA mereka pada bila-bila masa.

  • Penambahan minimum: RM1,000

  • Penambahan maksimum: Tiada had
Memandang kan 95% daripada caruman tetap Takaful Saver diperuntukkan untuk membeli unit-unit Dana Takafulink, rider ini membolehkan para peserta menambah caruman mereka untuk simpanan dan pelaburan.



Nota:

  • Baki 5% lagi diperuntukan untuk yuran Wakalah bagi komisyen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan.


  • Caruman Takaful Saver adalah berasingan samasekali dengan Takafulink.

  • Apabila berlaku kematian , Hilang Upaya penuh & kekal (HUPK) atau Sijil mencapai tarikh matang, baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada para peserta.


Manfaat Tambahan



Takaful Saver Contributor:

Membayar caruman tetap kepada peserta Takaful Saver sekiranya peserta mengidap penyakit kritikal


Takaful Saver Parent Contributor atau Takaful Saver Spouse Contributor :



Sekiranya ibu bapa atau Pasangan peserta meninggal dunia, mengalami HUPK atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful peserta dimasa hadapan.



Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.



Siapa yang boleh menyertai Takaful Saver ?

Mana-mana peserta dan / atau pencarum Takafulink.


Tiada ulasan: